Friday, June 1, 2012

cerita aku dan si dia :)

aku dan dia berkenalan di laman sosial , FACEBOOK . mula mula dia add aku , masa tuh aku masih ada SH lagi , aku layan macam tak layan je die mase tuh , sebab nak setia pada yang satu .
lama lama aku makin bosan dengan perangai SH , asyik ada masalah je dalam hubungan kami , si dia pun mintak number aku , masa tuh aku memang dah mula bosan dengan SH . aku pun bagi number aku dekat dia ..
then kami mula berhubung .. lama kelamaan , kami semakin erat dan terus menyulam cinta . (:
masa tuh aku still ada SH , tapi kite orang punya hubungan tak baik , dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpisah dengan SH , aku pilih si dia untuk menjadi teman lelaki ku . mungkin orang akan kata aku nih senang senang couple putus kan ? tapi orang tak tahu apa sebabnya , semua yang aku lakukan ada sebabnya .. biarlah ianya menjadi rahsia :)
lepas tuh , hubungan kami makin baik , sebelum tuh pun ada jumpa . makan sama sama . aku dengan farah masa tuh . untuk pertama kalinya kami jumpa . agak kekok . sebab tak biasa kan .. . hubungan kami makin erat lepas tuh , ada juga berjumpa walaupun susah nak berjumpa .. . lama lama .. aku makin sayang kan dia ,,
allah je yang tahu , mungkin aku tak pernah nak buktikan sayang aku dekat dia , tapi .. aku memang sayangkan dia dengan sepenuh hati aku . lama juga kite orang kenal hati budi masing2 . kalau nak ikutkan , dari tahun lepas aku dah start kenal dengan dia , aku ingat lagi ..
setakat nih , perangai dia baik , aku dah mula luka kan hati dia .. dengan perangai perangai aku ..
dia tak boleh nak terima cara aku berkawan . tapi aku cuma berkawan . dan aku tahu dia banyak terasa dengan aku , memang salah aku . banyak banyak aku kawan kan , aku dah kenal hati budi masing2 . aku boleh tahu sape yang betul2 ikhlas nakkan aku .. bukan senang zaman sekarang nih , orang nak kawan dengan kita betul2 kan , semuanya main main je sekarang nih , tapi dia tak faham kenapa aku buad macam nih semua , mungkin dia tak nampak apa yang aku cuba nak dia nampak sekarang nih ..
rasanya lebih baik dia tak payah tahu dari dia tahu ..
aku cuma nakkan yang terbaik untuk orang yang aku sayang ..
aku relakan dia pergi dan berbahagia dengan orang lain , walaupun hati aku pedih sangat ..
mungkin pada dia , aku nih suka main mainkan hati dan perasaan orang , tapi dia tak tahu apa yang aku selalu cakap masa aku berkawan dengan kawan kawan aku .
aku mula berubah start dari dia mati mati menuduh aku keluar dengan lelaki , dia lemparkan bermacam macam kata kata terhadap aku , allah je yang tahu , apa yang aku rasa masa tuh . sedih tak terkata .
sebab dia dengar cakap kawan dia , aku yang terluka .. luka yang dalam , sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk pulih . macam tuh juga hati aku . agak susah untuk aku maafkan salah dia .
tapi aku bukakan juga pintu hati aku untuk berikan kemaafan . dan mula dari hari tuh , perangai aku mula berubah . aku kawan dengan macam macam orang , sebab hati aku terasa sangat ..
tapi aku cuma berkawan . nak tengok hati budi masing2 . tapi si dia tak faham .. mungkin salah tuh kecil bagi dia , tapi sangat besar pada aku , dan meninggalkan kesan yang agak mendalam pada diri aku .
tipu lah kalau air mata aku tak pernah mengalir disebabkan si dia , adat lah tuh kan ..
aku menangis bukan kerana terpaksa , tapi aku menangis untuk orang yang aku sayang .
jujur aku sayangkan dia . sampai sekarang nih , walaupun kami asyik bergaduh , tapi aku masih sayangkan dia . walaupun sekarang nih dia dah fiker macam macam tentang aku . takpe .. biarkan jelaaa , nanti dia akan faham juga . kenapa aku jadi macam nih , mungkin aku bukan yang terbaik bagi dia , aku banyak bagi dia LUKA dari BAHAGIA kan ? kalau satu hari nanti , dah ada orang yang boleh bahagiakan dia , aku akan lepaskan dia buad selama lamanya . jujur aku katakan , buad masa sekarang nih , aku masih menyendiri lagi ..
yang aku kawan , keluar . semuanya kawan .. selagi aku tidak mempunyai apa apa ikatan , bermakna , aku masih single :) . biarlah allah yang menentukan siapa jodoh aku . aku terima dengan hati yang terbuka .
walapun ada yang nak serious dengan aku , nak masuk meminang lepas aku STPM tahun nih , tapi aku taknak . aku tak boleh nak sayang orang tuh , hati aku tak ada dekat dia , kaya macam mana pun dia , takkan boleh menjamin kebahagiaan hidup aku . sekarang nih aku masih tak pasti . siapa yang betol betol sayang dan ikhlas dengan aku . hati aku nih dah banyak kali dilukai . mungkin orang hanya nampak aku lukakan hati orang lain , tapi orang tak pernah tahu macam mana hati dan perasaan aku .
kadang kadang aku terfiker , kenapa benda nih semua terjadi terhadap diri aku . sampai bila keadaan macam nih akan terjadi . aku mula bosan dengan keadaan yang sebegini .
banyak lagi yang aku nak kongsi kan , cerita yang seterusnya akan menyusul di kemudian hari ya ? :)
apa apa pun , aku nak mintak maaf dekat si dia sebab banyak luka kan hati dia .
biarlah dia tak tahu apa yang berlaku sebenarnya .
aku cuma impikan sebuah kebahagiaan untuk si dia pada masa akan datang nanti .
i will always love you HO . :(
aku nak dia tahu , macam mana banyak nya orang yang aku kenal , aku kawan , hati aku tetap ada rasa sayang terhadap si dia . (:


 gambar nih still ada lagi dalam album fb aku , walaupun dia kata aku dah delete gambar nih .
aku tahu apa yang aku lakukan . :)

No comments:

Post a Comment